
BUTTERWORTH Prihatin dengan situasi semasa pandemik C0vid-19,sebuah syarikat berasaskan teknologi kesihatan tampil menghasilkan satu inovasi baharu iaitu kit ujian kendiri yang dikenali sebagai MyCSP atau Program Pengawasan Covid.
Difahamkan, produk yang dihasilkan oleh Teda Technology Sdn Bhd itu hasil gabungan perisian pengesanan serta pengesanan coronavirus yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Pengerusi Teda Technology, Datuk Huan Cheng Guan berkata, sejak dilancarkan Sabtu lalu, penggunaan kit ujian kendiri itu sehingga knin dilaporkan mencecah 10,000kali.
Misi kami adalah menggalakkan orang ramai melakukan ujian kendiri dan megekalkan tahap kesedaran teradap kepetingan ujian tersebut selian mewujudkan persekitaran yang bersih dan selamat.
“Dalam hal ini, MyCSP dilihat boleh dijadikan alternatif yang lebih baik ke araj itu kerana ia menghimpunkan beberapa fungsi seperti pengesanan identiti, penyinpanan data dan peringatan jejak dalam satu masa agar dapat menggalakkan orang ramai melakukan ujian kendiri secara lebih kerap”,katanya.

Pada masa yang sama, Cheng Guan juga percaya bahawa aplikasi MyCSP boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelbagai pihak termasuk orang awam, perushaan swasta,pelancongan dan institusi lain yang mempunyai tenaga kerja besar kerana ia mempunyai fungsi seperti pengesanan kes Covid-19 dan sebagainya.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Teda Technology, Na Yong Chiang menggesa semua pengusaha produk, terutama dalam industri runcit, katering, pembuatan dan industri kereta e-hailing untuk turu-serta dalam program MyCSP.
Katanya, penyertaan mereka secara tidak langsung boleh mewujudkan persekitaran kehidupan yang lebih baik dengan mengamalkan milai tanggungjawab sosial peribadi atau korporat.
Ketua Pegawai Pemasaran syarikat itu, Na Yong Wee pula memaklumkan mereka akan bekerjasama dengan beberapa syarikat lain sebagai rakankongsi strategik bagi memasarkan produk berkenaan selepas ini.
“Kerjasama itu bagi mewujudkan rangkaian interaksi korporat yang meluas, membina persekitaran hidup yang lebih sihat serta mewujudkan kehidupan yang lebih selesa,” katanya yang memberitahu, aplikasi itu 100 peratus dibangunkan oleh pasukan teknikal domestik.
Tambah Yong Wee, harga yang ditawarkan untuk kita ujian kendiri itu adalah berpatutan dan ia boleh didapati bukan sahaja di farmasi-farmasi terpilih, namun, boleh juga didapati secara dalam talian ketka ini.